Wednesday, November 13, 2013

Mengapa kita mengumpat?


"Dengki dengan kawan, burukkan dia dekat orang lain, nanti Akhirat merangkak bawah panas terik cari kawan kita tu balik. Berat azab"

Petikan kata dan peringatan oleh salah seorang tokoh agama. Kata -kata ini sememangnya membuatkan saya terdiam, terkelu dan menginsafkan. Sering saya berfikir, bagaimana agaknya azab ke atas kita yang menceritakan tentang kawan kawan yang kita tak puas hati kepada kawan kawan yang lain?

Kadang kala bukan kerana kita dengki, tetapi kita meluat dengan tindakan dan tingkahlakunya. Sepanjang dia berkawan dengan kita, dia tidak begitu, tetapi dengan orang lain, dia begitu. Bagaimana? ... Kenapa tidak kita terus tegur kawan kawan kita itu dari melahirkan ketidakpuashati kita terhadapnya kepada orang lain? Kerana kita rasa kita mengenali kawan kawan kita yang kita boleh tahu bagaimana mereka mempertahankan diri mereka dari mengakui kesilapan mereka atau menguatkan ego mereka dengan tidak menerima teguran kita. Sebagai kawan, teguran tidak bermakna...hanya kebahagiaan dan kegembiraan yang bermakna. Berbeza sebagai sahabat, segala galanya bermakna.

Namun, berbalik kepada perihal menceritakan hal kawan kepada orang lain, kadang kala antara sebab yang mencetuskan tindakan itu ialah kerana kita rasa kita kenal dan tahu bagaimana penerimaan kawan kita terhadap teguran kita. Yang kedua, kerana kita seorang yang depan nya kita baik dan terbuka tetapi sebenarnya kita pengcut untuk berhadapan dengan egonya. Yang ketiga, kerana kita memang seorang yang suka bercerita hal hal orang. Nauzubillah...semoga kita tak tergolong dalam yang ketiga ini. Dan banyak lagi sebab ke arah tindakan tersebut.

Bagi saya, ada ketikanya kita ada keberanian, ada ketikanya kita tidak mempedulikan dan ada tikanya kita  rasa itu cukup menyakitkan. Biarpun semuanya menunjukkan kita tak mahu mengakui salah kita mengata kawan kita pada orang lain, tapi, beringatlah, tetap satu dosa malah meruntuhkan ukhuwwah. Sering saya ingatkan diri saya agar tidak melakukan tindakan tingkahlaku yang membuat orang mengumpat tentang diri. Usaha habis baik. Kadangkala, kita yang meminta orang mengumpat tentang diri kita.

Peringatan diatas moga sentiasa diingati. Maafkan saya atas tindakan dan tingkahlaku yang kurang menyenangkan teman semua.

No comments: