Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Common Sense : Di Kedai Makan.

Di sebuah kedai makan, selepas kita makan, kita pun tinggalkan pinggan mangkuk yang kita gunakan terbiar begitu sahaja. Esoknya, kita pergi ke sebuah kedai makan yang lain, sewaktu kita nak pilih tempat duduk, hampir semua meja penuh. Ada yang kosong...tapi pinggan mangkuk pelanggan sebelum ini bersepah dan belum dikemas. Pekerja sangat sibuk.
Apa nak buat? Sebab nak makan juga, kita tolong kemas sambil kita merungut dua perkara dalam hati : 1. Pekerja tak buat kerja,lembab dan lambat. 2. Pelanggan sebelum ni tak kemas, pengotor, pemalas..mesti rumah dia lagi teruk.
Kita mungkin terlupa, bahawa kita juga pernah menjadi seperti pelanggan yang kita kutuk itu sebelum ini. Sekurang kurangnya semalam.
Tak perlu pun kemas beria sebersihnya. Cukuplah sekadar kita susun kemas,pinggan yang telah kita gunakan,kumpulkan saki baki makanan dalam salah satu pinggan yang diguna. Cukuplah itu. Kita mudahkan pekerja, insya Allah kita akan dimudahkan cara yang lain pula.
Pekerja itu telah dibayar un…

Bicara Siswi : Saya harap, awak sudi tunggu saya.

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Perkongsian di Bicara Siswi anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi (PMFST) UKM baru -baru ini pada hari Jumaat, 6 Dis 2013. Terima kasih atas jemputan dan terima kasih kepada kepada sahabat-sahabat yang hadir berkongsi rasa  bersama.


Di dalam bicara siswi kali ini, saya membincangkan garis panduan dalam bercinta. Bercinta dengan siapa? bercinta dengan yang selayaknya menerima cinta yang Allah swt kurniakan kepada kita. Saya mulakan dengan sebuah kisah. Kisah ini saya perolehi daripada buku Jalan Cinta Para Pejuang oleh Salim A.Fillah. 
Diceritakan bahawa Salman al Farisi merasakan sudah tiba waktunya untuk  beliau berumah tangga. Disampaikan hasratnya itu kepada sahabatnya, Abu Darda'. Abu Darda' sangat gembira untuk sahabatnya. Setelah persiapan dibuat, maka kedua sahabat ini menuju ke sebuah rumah yang didiami oleh seorang wanita solehah dan bertaqwa. Tuan rumah sangat berbesar hati menerima kedatangan kedua dua sahabat Ra…

Produk baru Zaisara : Tepung Premix

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah, sebelum berakhir tahun 2013, kami di Zaisara sangat berharap agar dapat menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk baru. Salah satu cara kami mengukur prestasi kami dalam memenuhi permintaan pelanggan. 
Sememangnya ramai yang merisik resepi Seroja Zaisara...bagi kami, setakat resepi, tidak ke mana..kerana untuk menghasilkan Seroja, kami sendiri mengambil masa juga untuk membuat Seroja yang cantik, kemas dan jujur saya kata, sangat laju memandangkan hampir setiap hari kami membuat Seroja bagi memenuhi permintaan pelanggan. Alhamdulillah, 5 Disember 2013, Tepung Premix Seroja Zaisara diwarwarkan kepada umum. 
Untuk membuat Seroja ini, kami sendiri berlatih setiap hari semasa di awal-awal pembuatannya..Justeru , kami juga menyediakan video cara - cara membuat seroja kerana kami juga memahami kepayahan menghasilkan seroja tersebut bagi mereka yang tidak pernah membuatnya lagi. 
Apapun, bagi mereka yang berminat untuk mendapat Tepung P…