Skip to main content

Bicara Siswi : Saya harap, awak sudi tunggu saya.

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Perkongsian di Bicara Siswi anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi (PMFST) UKM baru -baru ini pada hari Jumaat, 6 Dis 2013. Terima kasih atas jemputan dan terima kasih kepada kepada sahabat-sahabat yang hadir berkongsi rasa  bersama.

kredit foto : PMFST UKM 2013


Di dalam bicara siswi kali ini, saya membincangkan garis panduan dalam bercinta. Bercinta dengan siapa? bercinta dengan yang selayaknya menerima cinta yang Allah swt kurniakan kepada kita. Saya mulakan dengan sebuah kisah. Kisah ini saya perolehi daripada buku Jalan Cinta Para Pejuang oleh Salim A.Fillah. 

Diceritakan bahawa Salman al Farisi merasakan sudah tiba waktunya untuk  beliau berumah tangga. Disampaikan hasratnya itu kepada sahabatnya, Abu Darda'. Abu Darda' sangat gembira untuk sahabatnya. Setelah persiapan dibuat, maka kedua sahabat ini menuju ke sebuah rumah yang didiami oleh seorang wanita solehah dan bertaqwa. Tuan rumah sangat berbesar hati menerima kedatangan kedua dua sahabat Rasulullah s.a.w ini .Abu Darda' menyampaikan hasrat Salman al Farisi kepada tuan rumah dan tuan rumah meenyerahkan hak menjawab pinangan tersebut kepada puterinya. Setelah bertanya, tuan rumah memulakan bicara dengan sopan dan lembut menyatakan kemaafan kerana puterinya menolak pinangan Salman al Farisi.Tetapi, sekiranya Abu Darda' mempunyai hasrat yang sama, yakni berumah tangga, dia sudi menerima pinangan Abu Darda'. Salman Al Farisi sangat gembira walaupun pinangannya ditolak malah beliau menyerahkan semua persediaan untuk majlis tersebut kepada Abu Darda' untuk meneruskan pernikahan. 


Sungguh hebat Salman Al Farisi...cintanya bukan hanya semata kerana seorang perempuan tetapi kerana Allah. Malah, Salman Al Farisi menunjukkan bahawa keyakinan yang tinggi terhadap ketetapan jodoh oleh Allah swt. 

Saya mengajak sahabat -sahabat meletakkan diri kita dalam situasi Salman Al Farisi, mampukah kita menjadi segembira beliau sekiranya hal ini berlaku ke atas kita? Kita semua ada jawapan yang tersendiri. Bayangkan, suatu hari, sahabat baik kita bertanya kepada kita," adakah awak boleh menerima sekiranya saya berkahwin dengan orang yang hendak awak kahwini? " . Satu situasi yang bagi saya lebih kurang sama seperti yang dialami oleh Salman Al Farisi..cuma ini berlaku di kalangan kita -kita yang iman tidaklah sehebat sahabat Rasulullah s.a.w itu. Bagi saya, persoalan yang ditimbulkan itu bukanlah sesuatu yang mustahil malah boleh berlaku. Pelbagai perkara yang lebih pelik berlaku inikan sahabat baik berkahwin dengan orang yang kita rasakan sesuai untuk kita. Justeru, saya bentangkan garis panduan dalam bercinta...sebelum itu, menjawab persoalan diatas, sesuatu itu ditimbulkan atas izin Allah swt dan itu menguji keyakinan kita pada Allah. Letakkan Redha dan tawakal pada Allah yang pertama dan yakinlah bahawa bukan kita yang menetapkan dengan siapa kita berkahwin tetapi kita pinta pada Allah swt mahu berkahwin dan bercinta dengan orang yang bagaimana. Sesungguhnya jodoh, rezeki dan maut itu rahsia Allah swt. Tidak mahu hati lebih terluka, berdoalah sebanyak -banyaknya pada Allah agar kita melalui kehidupan yang lebih baik dalam keadaan yang terbaik untuk diri kita.

Merujuk kepada tajuk bicara, menunggu adalah antara tindakan kita ketika mahu bercinta. Bagi saya, kita semua menunggu seseorang itu hadir dalam hidup kita cuma kita tidak tahu siapa dan bila serta bagaimana. Tetapi, menunggu secara spesifik yakni merujuk kepada individu tertentu, seharusnya serahkan kepada Allah swt. Justeru, di dalam kita menunggu itu, ada perkara yang perlu kita lakukan ...iaitu menguruskan cinta kita. 

Bercerita hal menguruskan cinta, saya bawakan garis panduan bercinta, saya pecahkan kepada dua iaitu Pengurusan Cinta dan Rencana Allah swt. 

Pengurusan Cinta

Cinta juga adalah satu perkara yang boleh diuruskan. Segala perkara yang ada dalam kehidupan kita boleh diuruskan. Uruskan yang bagaimana? 

1. Kita mempunyai kemampuan untuk memilih. Memilih melahirkan cinta dalam keadaan yang baik, mawaddah dan rahmah atau melahirkan cinta dalam keadaan yang kurang enak dan kurang baik. Allah swt berfirman di dalam surah Asy Syams ayat ke 8 yang bermaksud : 

" Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kejahatan dan ketaqwaan." 

Sesungguhnya, Allah swt memberi panduan kepada kita untuk memilih yang mana, dan kita yang membuat keputusan untuk dalam pemilihan itu. Di dalam menguruskan cinta, pilihan itu juga wujud. Justeru, pilihlah tempat terbaik untuk menyemai benih cinta dengan dimulakan ketetapan hati pada Allah swt , keyakinan pada janji Allah swt dan perjalanan yang diredhai Allah swt. 

2. Kita mempunyai maklumat, berilmu dan berpengetahuan. Kita tahu cinta yang bagaimana yang Allah redha, cinta yang bagaimana memberikan pahala kepada kita dan cinta yang bagaimana membawa kebaikkan kepada dunia dan akhirat kita. Mahu cari maklumatnya di mana? daripada Al Quran dan sunnah. 
Di dalam pengurusan cinta ini, mesti kita mempunyai pengetahuan mengenainya dan bukan dengan bertindak saya tidak tahu. Pengetahuan cinta yang dimaksudkan bukanlah cara cara bercinta yang ditunjukkan oleh barat seperti berpasangan sebelum berkahwin, berdating sebelum berkahwin, berlawan dengan orang tua, homoseksual dan banyak lagi. Pengetahuan cinta yang dimaksudkan ialah siapa yang perlu kita dahulukan dalam kita bercinta seperti seorang anak gadis, sebelum dia berkahwin, taat dan patuhnya selepas Allah dan Rasul s.a.w ialah ibu bapanya. Selepas berkahwin, kepatuhan kepada ibu bapa beralih kepaada suaminya pula. Dalam bersahabat, melahirkan kasih sayang kepada sahabat bukanlah hanya di depannya sahaja, malah di belakangnya tanpa pengetahuannya dengan mendoakan yang terbaik untuk sahabat itu...dan ini juga dinamakan cinta. 

Firman Allah swt di dalam surah Al -Israa' ayat ke 36 bermaksud, 

" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati nurani semuanya itu akan dipertanggungjawabkan" 

3. Kita mempunyai visi atau matlamat yang jelas. Cinta itu sesuatu yang indah membuatkan kita berangan -angan, bahagia, hati yang dihiasi bunga - bunga yang mekar dan saat ini, kita mampu menjadi orang yang kurang rasional kerana memenuhi perasaan cinta. Justeru, kita perlu jelas dengan visi cinta kita iaitu kita mahukan perjalanan cinta ini ialah perjalanan mendapatkan redha Allah swt. Kita dalam keadaan sedar, sebagai seorang muslim, mengetahui yang mana baik dan buruk, yang mana halal dan haram di sepanjang perjalanan cinta itu. Matlamat kita yang utama ialah bercinta untuk mendapat redha Allah dan menjadikan kita lebih baik dari sebelum ini. Penetapan visi ini membuatkan kita lebih yakin dan memandu jalan cinta kita. 

Rencana Allah s.w.t

Sesungguhnya , jodoh pertemuan itu rencana Allah swt dan kita wajib meyakininya. Justeru, adakah kita tidak boleh merancangnya pula?  Apa yang saya fahami bahawa kita merancang bukan berkahwin dengan siapa tetapi kita merancang mahu berkahwin dengan orang yang bagaimana. Dengan siapa kita berkahwin, itu rahsia Allah swt. Bagaimana perjalanan ke arah perkahwinan, itu juga antara rahsia Allah swt. Pada masa sama , kita perlu merancang kerana itu menunjukkan kita tahu dan mahu. Sekiranya kita tidak merancang, kita hanya mahu tetapi tidak tahu. Bukankah ia adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila kita melihat orang yang kita berurusan mahukan sesuatu tetapi tidak tahu apa. 

Hatta, merancang ini bukan sahaja tentang jodoh kita, malah rezeki dan mati kita. Kita merancang untuk bekerja dengan siapa, berjawatan apa, bergaji berapa..dan itu antara rancangan kita dalam memperolehi rezeki. Tetapi nanti, dapatkah kerja yang kita rancangkan itu? Hanya Allah s.w.t yang tahu. Mati pula bagaimana? kita merancang mahu meninggal di mana, dalam keadaan apa, meninggalkan apa dan lain lain lagi. Tetapi, matinya bila? hanya Allah s.w.t yang tahu. 

Justeru, berdoalah sebanyak -banyaknya kepada Allah swt sewaktu kita merancang cinta kita. Bervisualisasi atau menvisualkan suasana cinta yang bagaimana kita mahukan dalam mencapai redha Allah swt. dan jelaskan keinginan kita dalam memperolehi cinta. Apakah keinginan itu? biarlah cinta yang ditanam dan disemai itu membawa kita ke syurga. 

Sesungguhnya CINTA tidak terhad hanya untuk perkahwinan ...CINTA itu untuk Allah swt yang menciptakan kita, CINTA itu untuk Rasul s.a.w yang menyayangi kita sebagai umatnya, CINTA itu untuk ibu dan ayah kita yang melahir, mendidik dan membesrakan kita, CINTA itu untuk adik beradik kita yang menghadapi susah payah bangunnya kita dan keburukkan kita , CINTA itu buat guru guru yang tidak jemu membantu kita menjadi cemerlang dan CINTA itu buat sahabat-sahabat yang sanggup menerima kita walau kita sering melupakan mereka. 

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …