Skip to main content

Common Sense : Di Kedai Makan.

Di sebuah kedai makan, selepas kita makan, kita pun tinggalkan pinggan mangkuk yang kita gunakan terbiar begitu sahaja. Esoknya, kita pergi ke sebuah kedai makan yang lain, sewaktu kita nak pilih tempat duduk, hampir semua meja penuh. Ada yang kosong...tapi pinggan mangkuk pelanggan sebelum ini bersepah dan belum dikemas. Pekerja sangat sibuk.

Apa nak buat? Sebab nak makan juga, kita tolong kemas sambil kita merungut dua perkara dalam hati :
1. Pekerja tak buat kerja,lembab dan lambat. 2. Pelanggan sebelum ni tak kemas, pengotor, pemalas..mesti rumah dia lagi teruk.

Kita mungkin terlupa, bahawa kita juga pernah menjadi seperti pelanggan yang kita kutuk itu sebelum ini. Sekurang kurangnya semalam.

Tak perlu pun kemas beria sebersihnya. Cukuplah sekadar kita susun kemas,pinggan yang telah kita gunakan,kumpulkan saki baki makanan dalam salah satu pinggan yang diguna. Cukuplah itu. Kita mudahkan pekerja, insya Allah kita akan dimudahkan cara yang lain pula.

Pekerja itu telah dibayar untuk mengemas. Kenapa pula kita kena kemas walaupun sikit? Itulah kita..orang yang mengungkit dan orang yang suka mempertikai. Kita adalah orang orang kaya yang mengingatkan hak sebagai pelanggan dan tanggungjawab seorang pekerja.

Tak buat pun tak pa sebab kita tak disuruh pun kemas. Malah kita siap bayar lagi servis mengemas tu. Sebab itu kita bayar mahal makanan kita walaupun kita sibuk minta diskaun harga makanan dan merungut segala makanan mahal...tapi terlupakan servis mengemas yang mahal itu.

Ini adalah salah satu common sense kebaikkan...iaitu membantu memudahkan urusan orang lain yang saya pelajari sewaktu dalam Solehah. Bukan poyo, nak tunjuk solehah bagai dan sebab dalam pertandingan...sebaliknya, sebarkan kebaikkan. Mudahkan urusan dan kurangkan mengungkit.

P.s: orang tak perasan pun kita kemas kemas meja kita...orang akan perasan apabila orang nak guna meja selepas kita. Terima kasih mudahkan kami.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …