Friday, December 6, 2013

Produk baru Zaisara : Tepung Premix

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah, sebelum berakhir tahun 2013, kami di Zaisara sangat berharap agar dapat menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk baru. Salah satu cara kami mengukur prestasi kami dalam memenuhi permintaan pelanggan. 

Sememangnya ramai yang merisik resepi Seroja Zaisara...bagi kami, setakat resepi, tidak ke mana..kerana untuk menghasilkan Seroja, kami sendiri mengambil masa juga untuk membuat Seroja yang cantik, kemas dan jujur saya kata, sangat laju memandangkan hampir setiap hari kami membuat Seroja bagi memenuhi permintaan pelanggan. Alhamdulillah, 5 Disember 2013, Tepung Premix Seroja Zaisara diwarwarkan kepada umum. 

Untuk membuat Seroja ini, kami sendiri berlatih setiap hari semasa di awal-awal pembuatannya..Justeru , kami juga menyediakan video cara - cara membuat seroja kerana kami juga memahami kepayahan menghasilkan seroja tersebut bagi mereka yang tidak pernah membuatnya lagi. 

Apapun, bagi mereka yang berminat untuk mendapat Tepung Premix Seroja Zaisara, boleh hubungi kami di poster di bawah. Juga kita menyediakan video cara -cara membancuh tepung premix seroja (tanpa mesin) dan membuat seroja. 








No comments: