Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Ikan Sembilang/ Keli Goreng Berlado

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dalam kebanyakan masakan ikan keli, kami adik beradik sangat suka Keli Goreng Berlado. Setiap kali nenek buat kenduri, Keli Goreng Berlado antara lauk utama kenduri. Selain itu, di kampung abah yang terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan, ada sebuah kedai kopi yang menyajikan pelbagai jenis nasi lemak yang berasaskan lauk ikan keli/sembilang dan yang paling digemari, Keli Goreng Berlado! . Ada juga masakan lain seperti Keli Masak Gulai atau dikenali juga Keli Masak Lemak Cili Api, Tempoyak Keli dan lain lain lagi. 
Kali ini, saya kongsikan resepi Keli Goreng Berlado yang sangat digemari. Senang dan Ringkas. Bahan -bahan nya seperti berikut :
Ikan Keli  ( 4 ekor saiz sederhana)  Cili Boh   (3 senduk) Bawang besar - ( 1 1/2 biji)  dikisar bersama bawang putih .  Bawang  putih - (2 ulas ) Garam Gula Air asam Jawa (pekat) - sekiranya cair, sambal nya perlu digoreng lama supaya kering.  * Cili boh dilebihkan dari bawang
Cara - caranya : 
1. Ikan keli yang telah …