Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Ikan Masak Percik Pudina

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Adik aku tanya, kenapa mesti warna kuning masakan orang pantang ni? Tak kuning pun pucat...tak ada ke warna lain? Merah ke hijau ke? Lepas tu ...sikit sikit masak Black Pepper.
Kehkehkeh. Nama pun pantang! Nak bagi sedap mata memandang dan sedap lidah merasa, mestilah masukkan kunyit. Nak warna merah kerana cili atau hijau kerana cili api...bukan tak nak, NAK! Tapi ... pantangkan....terima aja lah. 
Ngomel ngomel adik aku ni, licin juga aku tengok dia makan. 
Selepas masak Nasi Goreng Ulam, langsung aku masak lauk tengah hari. Asalnya nak goreng ikan, minyak pula habis. Mak aku kata masaklah kukus ke rebus ke buatlah. Teringat ingat pula ada satu resepi buat sos pudina makan dengan daging bakar dalam satu buku ... Dan banyak pula daun pudina mak beli, maka aku pun buatlah Ikan Masak Percik Pudina. 
Masak Percik ni dah belajar dengan Mok Yah balik Ganu lepas...tapi yang kali ni, kita ubah sikit..rasa macam ubah banyak je...kehkehkeh. Takpa janji s…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Nasi Goreng Ulam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dari semalam aku niat nak buat nasi goreng ulam untuk sarapan hari ni. Kerana niat itu, nasi pun dah siap aku masak sebelum tidur. Bangun je pagi, alahai, Insyirah pula tak mahu sambung tidur. Nak berkepit je. Letak kejap atas katil, dapatlah aku uruskan diri tapi tak dapat nak masak nasi goreng. 
Akhirnya, aku berjaya masak nasi goreng pada jam 1 petang. Langsung aku masak lauk tengah hari. Mak aku pula demam...minta tolong mak tengokkan Insyirah tidur. Selalu mak aku masak, dah nak hujung ni, aku tolong masak yang mana boleh.  Lebih lebih lagi bila mak demam ni, lagi lah aku kena bantu. 
Nasi goreng ulam ni versi aku. Aku intai juga resepi resepi orang tapi ada yang guna sos cili dan bawang besar. Ini satu masalah sebab bawang besar dan sos cili ...aku belum lagi nak cuba makan..tapi lagi masalah, adik aku...dia baru 2 minggu berpantang. Aku ni lagi 2 minggu nak habis pantang. Jadi, resepi ini telah diubah suai mengikut keadaan kami. Pssttt...…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Daging Bakar Masak Lemak LadaHitam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kata adik aku, dia selalu dengar orang sebut rindunya nak mengandung lagi. Tapi dia tak pernah pula dengar, rindunya nak berpantang lagi. 
Hahahaha. Setuju sungguh aku. Berpantang memang bagus dan penting terutama supaya luka jahitan cepat sembuh, badan sihat dan cantik dan bagi aku yang paling penting untuk bayi, tak kembung dan bolehlah kenal pasti apa yang perlu dijaga. Tapi ... Mana tahan tengok orang lain makan punyalah macam macam rasa ...kita ni rasa yang tu je lah.. Hari hari ..kadang benda yang  sama je setiap hari. 
Dek kerana tak tahan itu, apa yang aku suka makan dan mak aku yang tentunya suka makan , maka, mak aku telah mengubah suai resepi mengikut keperluan dan kesesuaian orang berpantang di rumahnya ini. Yang berpantang dua orang je (aku dan adik aku) tapi sebab kita ni malas kan ... Satu lauk untuk semua orang..maka habis satu rumah berpantang! 
Selalu Daging Salai Masak Lemak Cili Api ...terliur dibuatnya. Kali ini, Daging Baka…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…