Thursday, April 24, 2014

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Ikan Masak Percik Pudina

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Adik aku tanya, kenapa mesti warna kuning masakan orang pantang ni? Tak kuning pun pucat...tak ada ke warna lain? Merah ke hijau ke? Lepas tu ...sikit sikit masak Black Pepper.

Kehkehkeh. Nama pun pantang! Nak bagi sedap mata memandang dan sedap lidah merasa, mestilah masukkan kunyit. Nak warna merah kerana cili atau hijau kerana cili api...bukan tak nak, NAK! Tapi ... pantangkan....terima aja lah. 

Ngomel ngomel adik aku ni, licin juga aku tengok dia makan. 

Selepas masak Nasi Goreng Ulam, langsung aku masak lauk tengah hari. Asalnya nak goreng ikan, minyak pula habis. Mak aku kata masaklah kukus ke rebus ke buatlah. Teringat ingat pula ada satu resepi buat sos pudina makan dengan daging bakar dalam satu buku ... Dan banyak pula daun pudina mak beli, maka aku pun buatlah Ikan Masak Percik Pudina. 

Masak Percik ni dah belajar dengan Mok Yah balik Ganu lepas...tapi yang kali ni, kita ubah sikit..rasa macam ubah banyak je...kehkehkeh. Takpa janji sedap dimakan! 


Ikan Masak Percik Pudina

( menggunakan Happy Call/ Pembakar serbaguna) 

11 ekor ikan Selar Kecil
1 labu Bawang Putih
1 inci Kunyit
1 tin susu cair
1/2 cawan air
Serbuk lada hitam
Daun pudina
Stok ayam (serbuk) 
Garam 
Marjerin/minyak masak

Tumbuk bawang putih bersama kunyit. Panaskan marjerin/minyak masak. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama lada hitam sehingga naik bau. Masukkan susu cair dan air. Setelah didih, perasakan dengan garam dan stok ayam. Tutup api, letak tepi. 

Susun ikan di dalam. Happy Call atau pemanggang. Taburkan sedikit garam dan lada hitam. Taburkan juga Daun Pudina yang telah dihiris. Tuangkan kuah percik yang telah dimasak tadi ke atas ikan. Masak dengan api perlahan sehingga ikan masak. Siap! Jemput makan! 

No comments: