Wednesday, April 23, 2014

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Nasi Goreng Ulam


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dari semalam aku niat nak buat nasi goreng ulam untuk sarapan hari ni. Kerana niat itu, nasi pun dah siap aku masak sebelum tidur. Bangun je pagi, alahai, Insyirah pula tak mahu sambung tidur. Nak berkepit je. Letak kejap atas katil, dapatlah aku uruskan diri tapi tak dapat nak masak nasi goreng. 

Akhirnya, aku berjaya masak nasi goreng pada jam 1 petang. Langsung aku masak lauk tengah hari. Mak aku pula demam...minta tolong mak tengokkan Insyirah tidur. Selalu mak aku masak, dah nak hujung ni, aku tolong masak yang mana boleh.  Lebih lebih lagi bila mak demam ni, lagi lah aku kena bantu. 

Nasi goreng ulam ni versi aku. Aku intai juga resepi resepi orang tapi ada yang guna sos cili dan bawang besar. Ini satu masalah sebab bawang besar dan sos cili ...aku belum lagi nak cuba makan..tapi lagi masalah, adik aku...dia baru 2 minggu berpantang. Aku ni lagi 2 minggu nak habis pantang. Jadi, resepi ini telah diubah suai mengikut keadaan kami. Pssttt...bila makan sekali, rasa nak makan berkali kali! 

 

Nasi Goreng Ulam : 

2 cawan nasi yang telah disejukkan
5 ulas bawang putih
1 1/2  inci halia
1 inci kunyit 
Segenggam ikan bilis
Daun selasih
Daun ketumbar
Daun pegaga
Bunga Kantan 
Petai
Garam
Gila

* boleh guna apa saja ulam yang disukai. 

1. Tumbuk lumut bawang putih, halia, kunyit dan ikan bilis bersama. (Boleh juga kisar tapi kuantiti air cukup cukup saja ya) 
2. Ulam ulam dipotong/dihiris 
3, panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing. 
4. Masukkan nasi dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan ulam ulam yang telah dihiris tadi dan kacau rata sehingga ulam ulam itu layu sekadarnya. 

Siap! Sudah boleh dihidang. 



No comments: