Tuesday, April 22, 2014

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 

Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 

Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 



Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...amboih! Taste itali. Maka, aku telah menghasilkan satu resepi untuk spaghetti dan menyesuaikan dengan keadaan aku yang berpantang. Ini resepinya: 

Lada Hitam dan Kiub Ayam 

3 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (cincang) 
3 sudu makan sos lada hitam
1/2 cawan air asam jawa
3/4 cawan isi ayam dipotong kiub 
Serbuk Lada hitam 
Stok ayam
Garam 
Gula 

*ukuran bahan sebaiknya ikut kesesuaian dan rasa anda. Ubah ikut suka janji sedap. 

Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, masukkan sos lada hitam dan air asam jawa. Kemudian masukkan kiub ayam....apabila ayam dah masak, masukkan serbuk lada hitam, garam, gula dan serbuk stok ayam secukup rasa. Hidangkan bersama spaghetti yang telah direbus. Selamat menjamu selera! 


No comments: