Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Spaghetti Seafood "Stoup"

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Saya suka makan pasta terutama spaghetti. Sebabnya rupa macam mee kuning tapi tak berangin bila memakannya. Setiap kali nak masak spaghetti, yang terbayang masakan bersos seperti bolognise ataupun cabonara. Saya pernah cuba menikmati spaghetti dengan pesto yang dibuat sendiri. Sebijik sebijik ikut resepi orang itali...tapi tak berkenan di jiwa. Kesimpulannya, saya lebih gemar spaghetti dinikmati bersos.
Sejak akhir akhir ini, saya kerap menonton rancangan masakan David Dolce , orang itali. Sentiasa menantikan masakannya yang berasaskan pasta untuk mencari kelainan. Rupanya, masakan pasta mereka ringkas dan mengikut selera serta kreativiti masing masing seperti kita yang mempelbagaikan hidangan mee dan bihun. Mulalah terbit pelbagai idea untuk menghasilkan hidangan pasta...cuma orang Itali lebihkan keju dalam hidangan mereka. Pelbagai jenis keju digunakan. Hmmm, setelah saya mencuba resepi pesto, saya harus menggiatkan lagi inovasi rasa kerana kit…

Inti Pai : Ayam Pedas Manis Dengan Cendawan

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Antara siaran tv yang saya suka tonton ialah Nat Geo People dan BBC Lifestyle. Mereka ini banyak menyiarkan rancangan makanan dan masakan. Tapi suami saya kata, kalau setakat tonton tapi tak buat..macam tak dapat apa. Saya faham maksud suami saya tu...belajar tapi tak praktis...merugikan. Huhuhu. Ye memang terasa rugi lepas dengar kata katanya itu.
Agak lama juga saya bercadang nak buat pai. Sepanjang saya bercadang itu, saya mencari cari rasa yang saya inginkan ditambah pula ilham yang diperoleh dari rancangan masakan dan makanan yang ditonton. 
Bila mencari cari resepi inti pai ayam, kebanyakkannya lemak berkrim, pedas lada hitam, tiada cabaran dalam rasa dan western style. Kadang kala, bila ke kedai bakeri atau cafe, pai ayam yang dijual, kebiasaan intinya yang berkrim itu. 
Semalam, berakhirlah tempoh saya bercadang...dengan gembiranya, saya dapat memasak inti pai ayam yang saya bayangkan dan inginkan. Rasanya yang pedas,manis juga masam dan …