Skip to main content

Inti Pai : Ayam Pedas Manis Dengan Cendawan

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Antara siaran tv yang saya suka tonton ialah Nat Geo People dan BBC Lifestyle. Mereka ini banyak menyiarkan rancangan makanan dan masakan. Tapi suami saya kata, kalau setakat tonton tapi tak buat..macam tak dapat apa. Saya faham maksud suami saya tu...belajar tapi tak praktis...merugikan. Huhuhu. Ye memang terasa rugi lepas dengar kata katanya itu.

Agak lama juga saya bercadang nak buat pai. Sepanjang saya bercadang itu, saya mencari cari rasa yang saya inginkan ditambah pula ilham yang diperoleh dari rancangan masakan dan makanan yang ditonton. 

Bila mencari cari resepi inti pai ayam, kebanyakkannya lemak berkrim, pedas lada hitam, tiada cabaran dalam rasa dan western style. Kadang kala, bila ke kedai bakeri atau cafe, pai ayam yang dijual, kebiasaan intinya yang berkrim itu. 

Semalam, berakhirlah tempoh saya bercadang...dengan gembiranya, saya dapat memasak inti pai ayam yang saya bayangkan dan inginkan. Rasanya yang pedas,manis juga masam dan agak pekat. 

Tapi makcik saya kata, tak jadilah pai ayam. Jadi curry puff sebab pai ayam, mesti inti yang berkrim tu. Respon saya, kalau curry puff, mesti intinya dibubuh serbuk kari. Yang ini tak bubuh serbuk kari, tapi serbuk cili. 

Mungkin saya telah derhaka dengan resepi pai ayam asli. Maafkan saya...saya sudah jumpa rasa pai yang alternatif. :D 



Resepi Inti Pai : Ayam Pedas Manis dengan Cendawan ( Spicy Sweet Chicken with Mushrooms) 

3 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
7 biji tomato plum - potong kecil/dadu
7 batang cendawan butang - potong dadu
2 keping dada ayam - potong dadu
Gula melaka/nise
Gula
Garam
Cili api (jika mahu lebih pedas) 

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan sedikit air. Tumis sehingga garing. Masukkan gula melaka. Kacau sehingga gula cair. 

2. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata. Masukkan tomato diikuti ayam. Kacau rata sehingga ayam masak. 

3. Apabila ayam sudah masak, masukkan cendawan dan cili api. Perasakan dengan gula dan garam. Bagi yang kuat makan perasa, boleh tambah serbuk stok ayam untuk menguatkan rasa. Kacau dalam 1-2 minit supaya cendawan masak. Siap! 


Comments

kausar said…
sedap ni kena cuba. thanks for sharing dear!
Zaisara Cookies said…
Jemput mencubanya. :D

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …