Skip to main content

Spaghetti Seafood "Stoup"


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Saya suka makan pasta terutama spaghetti. Sebabnya rupa macam mee kuning tapi tak berangin bila memakannya. Setiap kali nak masak spaghetti, yang terbayang masakan bersos seperti bolognise ataupun cabonara. Saya pernah cuba menikmati spaghetti dengan pesto yang dibuat sendiri. Sebijik sebijik ikut resepi orang itali...tapi tak berkenan di jiwa. Kesimpulannya, saya lebih gemar spaghetti dinikmati bersos.

Sejak akhir akhir ini, saya kerap menonton rancangan masakan David Dolce , orang itali. Sentiasa menantikan masakannya yang berasaskan pasta untuk mencari kelainan. Rupanya, masakan pasta mereka ringkas dan mengikut selera serta kreativiti masing masing seperti kita yang mempelbagaikan hidangan mee dan bihun. Mulalah terbit pelbagai idea untuk menghasilkan hidangan pasta...cuma orang Itali lebihkan keju dalam hidangan mereka. Pelbagai jenis keju digunakan. Hmmm, setelah saya mencuba resepi pesto, saya harus menggiatkan lagi inovasi rasa kerana kita tekak jawa! Hehehe

Sehari dua ini, saya mahu makan spaghetti tetapi bahan untuk buat sos bolognise dan cabonara tidak cukup. Pada masa sama, saya membayangkan spaghetti yang dimakan bersama sup tomato pekat berperisa ayam/daging/seafood. Elok juga bahan tak cukup, mulalah otak bergerak ligat memikir kreativiti masakan. 

Saya cari maklumat spaghetti masak sup tetapi saya jumpa spaghetti " stoup" dulu. Katanya " stoup" ini pekat dari sup p, cair sedikit dari stew. Merujuk kepada resepi yang dijumpai, saya mengubah kesesuaian bahan berdasarkan apa yang ada. Asas kepada "stoup" semuanya ada iaitu bawang besar, tomato puri dan air. Yang lain lain sahaja perlu diubah. Maka, dengan gigihnya saya memasak dan inilah Spaghetti Seafood "Stoup". Saya bagi 4.5 bintang dari 5 untuk hidangan ini! 


P.s: macam mee bandung pun ada. Hihihi


Resepi Spaghetti Seafood "Stoup" 

Separuh bungkus spaghetti yang telah direbus
2 biji bawang besar - dikisar
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil air (guna tin tomato puri)
2 sudu makan Sos Cili Kimball
7 ekor udang saiz A
Daun ketumbar
Garam , gula, stok ayam (jika perlu) 

1. Tumis bawang yang telah dikisar sehingga garing. 
2. Masukkan tomato puri, air dan sos cili.
3. Apabila mendidih, masukkan udang dan daun ketumbar.
4. Perasakan dengan garam, gula dan stok ayam jika perlu.
5. Apabila udang telah masak (bertukar warna ke merah), masukkan spaghetti yang telah masak tadi.
6. Gaul rata, tutup api, boleh dihidang.

Selamat menjamu selera!

Rujukan resepi spaghetti "stoup" : 
http://www.foodnetwork.com/recipes/rachael-ray/spaghetti-and-meatball-stoup-thicker-than-soup-thinner-than-stew-recipe.html



Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …