Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Kek Ala Butter/Mentega atau Kek Putih Telur

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Sejak masuk bulan Rejab, bengkel terus padat jadual dengan pembuatan biskut untuk Ramadhan dan Syawal. Bila dah masuk keadaan ini, maka, terpaksa lah hamba menangguhkan segala rancangan hamba untuk membuat kek. 
Sesungguhnya, tidaklah hamba mampu menahan resah gelisah diatas penangguhan ini. Pelbagai cara telah hamba laksanakan agar dapat memenuhi kehendak ini. Mula mula, hamba telah membeli kek di salah sebuah kedai kek online di Bangi. Sedap sekali kek nya tetapi tidak puas kerana bukan hamba yang buat. (Membuak buak rasa nak buat kek) seterusnya, hamba telah memujuk beberapa orang teman hamba yang rajin dan mahir membuat kek untuk menghadiahkan kek kepada hamba. Maka, salah seorang teman hamba, telah menghadiahkan hamba sebiji kek yang sememangnya coklat namanya. Bergembiralah kami seisi rumah menerima hadiah kek coklat yang istimewa ini. Lemak berkrim dan penuh coklat. Tetapi , ada satu yang hamba rasa kurang ... Masih bukan hamba yang memb…