Wednesday, June 25, 2014

Kek Ala Butter/Mentega atau Kek Putih Telur

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Sejak masuk bulan Rejab, bengkel terus padat jadual dengan pembuatan biskut untuk Ramadhan dan Syawal. Bila dah masuk keadaan ini, maka, terpaksa lah hamba menangguhkan segala rancangan hamba untuk membuat kek. 

Sesungguhnya, tidaklah hamba mampu menahan resah gelisah diatas penangguhan ini. Pelbagai cara telah hamba laksanakan agar dapat memenuhi kehendak ini. Mula mula, hamba telah membeli kek di salah sebuah kedai kek online di Bangi. Sedap sekali kek nya tetapi tidak puas kerana bukan hamba yang buat. (Membuak buak rasa nak buat kek) seterusnya, hamba telah memujuk beberapa orang teman hamba yang rajin dan mahir membuat kek untuk menghadiahkan kek kepada hamba. Maka, salah seorang teman hamba, telah menghadiahkan hamba sebiji kek yang sememangnya coklat namanya. Bergembiralah kami seisi rumah menerima hadiah kek coklat yang istimewa ini. Lemak berkrim dan penuh coklat. Tetapi , ada satu yang hamba rasa kurang ... Masih bukan hamba yang membuatnya. (Ahahahahaha. Nak jugak buat sendiri punya)

Akhirnya, kerana tidak tahan menanggung rasa, hamba telah membuat kek senyap senyap...dan bakar di dalam rumah. Mencari seringkas ringkas resepi agar tidak mengganggu perjalanan pembuatan biskut harian. Maka, terhasillah kek Ala Butter. Pada awalnya, mahu memberikan nama Kek Malaysia kerana bahan bahan yang digunakan banyaknya produk utama keluaran Malaysia. Tetapi, setelah mendengar respon adinda hamba," Macam Kek butter tapi takda bau lembu", maka hamba pun menukarkan namanya kepada Kek Ala Butter. Kek ini juga boleh dipanggil Kek Putih Telur. 


Pada pandangan hamba yang telah dipersetujui oleh bonda hamba, kek ini sangat enak dinikmati bersama Kopi/Teh/Nescafe/Coklat panas...enak sekali makan makan bersama keluarga dan teman sambil bercerita isu semasa. World Cup 2014 pun boleh. Buat bekalan kekanda suami untuk menonton World Cup 2014 juga bagus sekali. Sediakan kek putih telur ini bersama termos berisi air panas dan 3 in 1 sachet minuman kegemarannya. Juga, pastinya enak bersama jem buah buahan atau sapuan coklat. 

Baiklah...sudah puas hamba bercerita, kini hamba berkongsi rahsia pula. 

Resepi Kek Ala Butter/Mentega @ Kek Putih Telur 

1/2  cawan Santan
120 gram   Putih Telur
1     tsp      esen vanilla
1 1/4 cawan  Tepung gandum
1     cawan  Gula Kastor
1/4  tsp       garam
2     tsp      baking powder
6     tbsp    marjerin 

Cara-caranya :

1. Sapukan sedikit marjerin dan tepung pada keseluruhan  loyang kek 8" .
2. Pukul sebati  telur putih, santan dan esen vanila di dalam jug. 
3. Gaul rata tepung,gula, garam dan baking powder. 
4. Masukkan marjerin ke dalam tepung yang telah digaul bersama gula,garam dan baking powder. Gaulkan tepung tersebut dengan marjerin sehingga menjadi seperti serbuk roti. 
5. masukkan telur putih yang dipukul bersama santan tadi ke dalam tepung dan marjerin. 
6. Kacau sebati selama 1 minit ke 1 minit 1/2. 
7. Masukkan ke dalam loyang. 
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak. 

Untuk kek perisa coklat/koko

Resepi sama seperti diatas cuma 1 1/4 cawan tepung ditukar kepada 
1 cawan tepung
1/4 cawan koko 




Rujukan : http://bakingbites.com/2007/04/confetti-cupcakes





No comments: