Skip to main content

Rendang Ayam Terengganu


Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 

En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 

Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 

Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya berjaya memperolehinya. Dikongsikan oleh mummy are di www.myresepi.com, terima kasih diucapkan atas perkongsian tersebut. Sangat membantu. Setelah membaca resepi yang dikongsikan, beberapa perkara saya ubah mengikut resepi dan cara arwah mak masak. Saya sempat melihat dan merasa rendang yang dimasak oleh mak. Manis manis pedas. 

Maka, seminggu sebelum akhir Ramadhan, saya ajak adik ipar untuk mencuba masakan rendang ini. 'Kalau ayah kata ok, kak sarah guna resepi ni je nanti. Kalau ayah kata kurang, kita tambah satu dua ikut cadangan ayah.' Dengan gigihnya, kami berdua menyediakannya, tak sempat nak melihat respon ayah kerana berkejar berbuka puasa di rumah kawan suami. 

Pulang ke rumah, sms adik ipar, tanya khabar rendang...ayah makan dan ayah tak kata apa. Rendang dah habis. "Alhamdulillah! Terima kasih Allah" . Saya akui rendang yang kami masak ini tak mampu nak bersaing masakan mak. Masakan mak tetap yang terbaik. Saya berusaha untuk menyenangkan hati ayah. Direkodkan resepi di sini untuk rujukan saya dan teman teman. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat mak mertua saya . Jazakallahhukhairan kathira 

Makluman : resepi ini untuk 4 ekor ayam. Saya ubah suai mengikut apa yang pernah saya lihat dan rasa dengan bantuan adik ipar saya. 

4 ekor ayam
Daun kunyit 7 helai- hiris
Daun limau purut 10 helai -hiris
Bawang merah 15 biji-kisar
Bawang besar 8 biji- kisar
Bawang putih 1 labu-kisar
Kunyit 3 inci-kisar
Halia 3 inci-kisar
Lengkuas 3 inci-kisar
Serai 7 - 10 batang -kisar
Cili hidup 10 tangkai-kisar
Cili padi 5-10 tangkai-kisar
Cili boh 3 sudu makan 
1 ketul/keping besar gula melaka
Santan  1 liter
Air 600 ml
Kerisik
Asam keping 
Garam
Gula

1. Tumiskan bahan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan gula Melaka dan masak hingga gula Melaka cair dan rata bersama bahan tumisan. 

2. Masukkan santan dan air, gaul rata dan didihkan untuk seketika. Apabila santan sudah mendidih , masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan sehingga ayam masak. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hangit. Tambah air jika perlu. 

3. Apabila ayam sudah masak, masukkan asam keping, garam dan gula (jika perlu). Kacau rata dan biarkan seketika. Masukkan kerisik untuk memekatkan kuah rendang.

4. Taburkan daun kunyit dan daun limau purut...gaul rata, tutup api. Sedi dinikmati bersama lemang dan nasi impit.


Comments

Popular posts from this blog

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …