Skip to main content

Ayam Penyet dan SAMBALnya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Resepi ayam penyet dan SAMBALnya! 

Ayam penyet 

Seekor ayam...potong ikut suka. (Saya potong 12)
Sebesar ibu jari Halia
Sebesar ibu jari lengkuas
Setengah ibu jari kunyit
Setengah sudu biji ketumbar/ 1 sudu serbuk ketumbar
Garam

Kisar bahan bahan di atas , gaul kan pada ayam dan rebus ayam.
Bila ayam sudah masak, angkat ayam sahaja, masukkan bunjut sup ke dalam air rebusan ayam, perasakan dengan garam, didihkan sebentar, sedia dihidang sebagai sup ayam.

Serbuk kunyit
Garam jika perlu
Minyak masak
Ayam yang telah direbus.

Gaul kan ayam yang telah direbus dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak. Apabila minyak betul betul panas, baru masukkan ayam. Goreng sehingga bahagian luar ayam garing. Angkat dan PENYETkan dengan parang! Sedap dihidang panas panas.

Tempe, terung, tauhu...juga enak digoreng!

SAMBAL nya!

1 1/2 biji bawang besar(hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
15 tangkai cili kering / 3 sudu Besar cili boh
15 ke 30 tangkai cili api (potong ) ikut pedas yang digemari
1 biji besar Tomato (potong 4/6)
Gula merah (hiris)
Belacan (bakar)
Garam
Gula
Air limau (guna jika kisar dengan blender)
Minyak masak

Tumis kan bawang besar, bawang putih, cili , cili api dan tomato sehingga naik bau.
Angkat dan kisahkan bersama gula merah, belacan, garam, gula dan air limau jika gunakan blender. (Kisar dengan minyak yang diangkat bersama)

Air limau buat nipis saja atau guna air masak pun boleh

Selamat memasak kawan kawan

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …