Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Kisah biskut mak

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Sekarang ini mudah untuk memperoleh pelbagai resepi sama ada masakan, roti, kek , aiskrim atau biskut. Sehinggakan ada yang berkongsi resepi secara terus dari buku dengan mengambil gambar dan memuat naik di laman sosial.  saya melihat tindakan ini turut menaikkan rating page atau ruang peribadi di laman sosial tersebut. Terfikir saya,bukan kah ada amaran tentang hakcipta dan sebaran di dalam buku tersebut.
Dek kerana rating yang meningkat bagi sesetengah individu , saya dan mak melihat ini sebagai salah satu promosi juga sebaran untuk produk kami. Dengan cara kongsi resepi biskut biskut kami. Tetapi, lebih baik, kami buat kelas, kongsikan teknik membuat biskut. Bila orang hadir ke kelas, mereka akan peroleh resepi. Bagi saya, biar orang lain yang sebarkan, promosinya lebih kuat. 
Tetapi, selepas diperhalusi, ada beberapa resepi biskut yang saya tidak mahu sebarkan. Awalnya, mak ok untuk diberikan kepada umum. Tapi, saya tidak bersetuju. 
Saya meliha…