Skip to main content

Kisah biskut mak

Assalamualaikum & salam sejahtera, 

Sekarang ini mudah untuk memperoleh pelbagai resepi sama ada masakan, roti, kek , aiskrim atau biskut. Sehinggakan ada yang berkongsi resepi secara terus dari buku dengan mengambil gambar dan memuat naik di laman sosial.  saya melihat tindakan ini turut menaikkan rating page atau ruang peribadi di laman sosial tersebut. Terfikir saya,bukan kah ada amaran tentang hakcipta dan sebaran di dalam buku tersebut.

Dek kerana rating yang meningkat bagi sesetengah individu , saya dan mak melihat ini sebagai salah satu promosi juga sebaran untuk produk kami. Dengan cara kongsi resepi biskut biskut kami. Tetapi, lebih baik, kami buat kelas, kongsikan teknik membuat biskut. Bila orang hadir ke kelas, mereka akan peroleh resepi. Bagi saya, biar orang lain yang sebarkan, promosinya lebih kuat. 

Tetapi, selepas diperhalusi, ada beberapa resepi biskut yang saya tidak mahu sebarkan. Awalnya, mak ok untuk diberikan kepada umum. Tapi, saya tidak bersetuju. 

Saya melihat sendiri betapa susah payah mak mencuba dari satu resepi ke satu resepi untuk menghasilkan biskut biskutnya sekarang. Bancuh tepung, lembik, tak jadi, buang. Bancuh lagi, nampak ok, bentuk kan, bakar, jatuh melurut dari acuan, buang lagi. Bancuh lagi, macam ok, bakar, tak jatuh, masak, bila dah sejuk, keras berdengung. Campak ke dinding, tak pecah. Campak ke lantai tak pecah, akhirnya pecah bila diketuk tukul. Terlalu banyak kerugian yang ditanggung dan dilalui. Penat, letrik mengalir, bahan mentah yang mahal dibuang begitu sahaja, duit jualan tiada, emosi dan hal hal berkaitan. Itu yang orang tak nampak .Tapi saya tak setuju dengan orang pertikaikan biskut itu hanya tepung. Bila berjumpa orang begini, saya selalu syorkan buat sendiri dari meminta resepi. Buat sendiri dari membeli. Maka, dia akan tahu setakat tepung atau tak.

Akhirnya, kami bersetuju untuk berkongsi tips membuat biskut. Yang penting, berkongsi. :) 

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …