Skip to main content

Nasi Himpit dan Rendang Ayam Pucuk Ubi

Asslamualaikum dan salam sejahtera. 

Gigih masak rendang malam tadi. Rendang yang sudah lama diidamkan. Rendang minang ....Rendang Ayam Pucuk Ubi. Ni bukan cerita kenduri ke majlis doa selamat ke apa ke. Bukan bukan. Ini cerita rindu. Rindu dengan masakan yang dinikmati dari kecil. Rindu menikmati haruman masakan yang menjadi memori dan kenangan. 

Yang tentu, aku takut, takut terlupa bagaimana nak memasak makanan kegemaran ku seperti masakan emak. Kadang kala, demi meraikan orang lain, kegemaran kita semakin lama semakin dilupakan. Memang rasa kurang seronok apabila menikmati makanan kegemaran seorang diri...dek kerana itu, kita sanggup bersusah payah memasak makanan kegemaran orang lain agar keseronokkan dikongsi bersama. Tetapi, hati seperti berlubang....lubang yang hanya dapat ditutup dengan kegemaran dan kenangan kita andai dapat diulang. 

Maka, malam tadi, dengan semangat waja, aku merendang dengan jayanya. Dulu, Sebelum kahwin punya cerita, kalau takde nasi impit segera, tidaklah beria sangat untuk memasak lauk yang sesuai dengannya. Selepas kahwin, suami aku ini, sangat pandai memujuk aku malah bukan sahaja memujuk, diajak membuat bersama sesuatu yang dia tahu aku takkan buat kerana malas. Hahaha. Nak cerita. nasi himpit ni aku buat SENDIRI. ahahaha. Tahniah sarah. Memang sangat rajin. Rezeki Allah bagi suami yang rajin. =D


Mari aku kongsikan resepi Rendang Minang Ayam bersama Pucuk Ubi. 
seperti biasa...Sukatannya adalah agak agak. 

Ayam 1/2 ekor potong 7/8
Pati santan 1/2 kg
Bawang besar 3 biji (kisar)
Halia besar ibu jari (kisar)
Cili api 15 tangkai (kisar)
Cili Boh 1 sudu (nak bagi warna ...lebih cili boh, lebih merah warna rendang)
Serai 5 batang (ketuk)
Lengkuas  seketul besar ( hiris tebal, ketuk!)
Pucuk Ubi 
Kerisik
Asam Keping
Garam

Cara- caranya :

1. Panaskan kuali sederhana besar. Masukkan semua bahan diatas kecuali kerisik, asam keping dan garam. 
Masak dengan api kecil. 
2. sekali sekala kacau agar bahan dapat bergaul rata.
3. apabila ayam sudah masak, kacau lebih kerap untuk mengelakkan hangit. 
4. Nak rendang lebih cepat masak (hahaha), apabila ayam dah masak, besarkan sedikit api, dan kacau dengan lebih kerap. 
5. Masukkan asam keping dan kerisik. Didihkan sebentar sehingga pecah minyak. Teruskan mengacau.
6. Setelah mencapai rupa dan rasa rendang yang diinginkan, tutup api. Masukkan garam mengikut citarasa anda. Gaul sekata. Siap untuk dihidangkan. 

*rendang ini tidak perlu ditumis
*serai dan lengkuas boleh dikeluarkan selepas ayam masak sekiranya tidak mahu rasa serai yang terlalu pekat/banyak.
*lebih sedap sekiranya menggunakan Ayam Kampung. 

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …