Thursday, November 12, 2015

Kari Daging (Kemboja Muslim) style family Sleh

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Saya baru sahaja berjaya memasak Kari Daging Kemboja...yang selalu dimakan di pagi hari Raya. Biasanya kita makan rendang...depa pula Kari. Kita makan dengan ketupat....depa pula makan dengan roti. 

Baru ini ke Kemboja untuk urusan Raya qurban...dapatlah saya menikmati kari Daging yang sedap. Selalu nya...elak makan takut sakit perut dan kari nya macam kari di sini cuma pekat. Tetapi Kali ini...sedapppp sehingga menjilat sudu,roti dan jari! 

Raya qurban tahun ini, saya beraya dengan family Sleh. Alhamdulillah mereka sudi berkongsi bahan bahan memasak kari style mereka.  

Antara Bahan bahannya (resepi yang saya dapat selepas bersembang) 
15kg Daging
9kg santan
4kg bwg merah
2kg bwg putih
Cili boh
Kari adabi 

Apabila saya memasak semalam, saya rasa ada bahan yang terlupa disenaraikan. Memang terlupa lah sebab sembang macam itik dengan ayam. Guna bahasa isyarat je. Si Sleh sibuk uruskan qurban. Aktiviti bertukar resepi ni acara orang perempuan. 

Jadi, ini resepi hasil masakan saya. Maaf dipohon, tiada timbangan yang jelas. Campak campak aje. 

Bawang besar (dalam 5 - 7 biji)
Bawang putih 5 ulas
Cili boh 1 - 1 1/2 senduk 
Santan 1/2 kg
Daging 1/2 kilo
Kari 100g
Kicap ganti garam
Gula merah/melaka

Cara memasaknya seperti memasak Kari...tumis. Tetapi air nya kurang...Daging dilembutkan dengan santan. Kicap masuk paling akhir...selepas daging lembut. 

Makan dengan roti perancis yang liat. Memang sedap. Rasanya manis, pedas dan berlemak. 

Selamat memasak Dan menjamu selera.


No comments: