Skip to main content

Spaghetti With Spices Black Sauce ( Sos Hitam Berempah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Beberapa bulan lalu, saya telah mengadakan majlis kecil sebagai tanda syukur atas kelahiran anak kedua kami, Wan Nur Afrina dan meraikan juga anak pertama kami, Wan Nur Insyirah. Antara menu yang disediakan ialah Spaghetti Bolognise. Jadi saya telah membeli 3 kg spaghetti tetapi bukan untuk acara itu semata. Yang tentunya untuk stok bahan mentah. 

Beberapa hari ini, saya asyik terbayang spaghetti yang ada dalam simpanan. Mahu makan spaghetti tetapi tidak mahu makan dengan sos yang selalu dibuat. Laksa Johor juga sudah buat. Bolognise sudah. Carbonara sudah. Black Pepper....lada hitamnya yang tiada. Olio Aglio pun sudah. Spaghetti goreng pun sudah. 

Tiba tiba datang idea untuk membuat sos hitam seperti kuah mee sizzling tu. Tetapi yang ini saya bayangkan ada rasa hangat dari rempah. Sampai termimpi mimpi saya dibuatnya untuk membuat masakan ini. Tibalah hari untuk saya mencuba memasak sos yang dibayangkan...



Setelah memasak, haruslah dicuba kan. Kasi test kita sebut. Alhamdulillah, antara komen yang diterima, "sos ini sesuai dengan spaghetti ni", " rasa dia ok, sedap. Dan boleh mengulang makan"....oh! Terima kasih atas komen semua. Kerana maklumbalas yang memberangsangkan, maka dengan berani nya saya kongsikan resepi Sos Hitam Berempah untuk dinikmati bersama Spaghetti.  (Spaghetti with Spices black sauce) 

3 sudu Bawang besar kisar 
2 sudu Rempah masak hitam (bancuh dengan air) 
2 sudu Sos tiram
2 sudu Sos tomato
3 sudu Sos cili 
3 sosej 
Air (bila perlu)
Gula
Garam 

Tumis bawang sehingga naik bau.
Masukkan rempah yang sudah dibancuh. Kacau sentiasa sehingga garing. 
Masukkan sedikit air, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sekata. 
Apabila mula mendidih, masukkan sosej yang dihiris atau daging cincang. 
Kacau sekali sekala sehingga daging/sosej tersebut masak. Perasakan dengan gula dan garam jika perlu. 

Hidangkan bersama spaghetti yang telah direbus. 


Selamat memasak dan menjamu selera. 

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …