Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Tips Masak Sambal Tumis

Sambal Nasi Lemak

Banyakkan bawang berbanding cili boh/kisar.Saya hanya guna bawang besar sahaja. TIADA bawang putih. (sekali sekala ubah selera baru tambah bawang putih)Masukkan gula selepas bawang dan cili pecah minyak. Garam dimasukkan selepas sambal siap. Untuk lebih lemak, kisarkan ikan bilis bersama bawang yang hendak ditumis. Masak dengan api sederhana setelah gula dan air asam dimasukkan. MAsak sehingga kepekatan yang diminati. Sambal Tumis Udang/Ketam Kurangkan bawang dari cili kisar. Rebus kepala dan kulit udang sehingga air menjadi separuh. Gunakan asam keping sekiranya memasukkan air rebusan udang. Sambal Tumis Kerang Masak sambal sehingga kering sebelum memasukkan kerang. Sekali Sekala ... Tumiskan tomato kisar bersama bawang dan cili

Tips Masak Lemak Cili Api

Rebus Daging/Ayam dengan bahan rempah gulai ( cili api, bawang, halia, bawang putih, lengkuas, serai ).Masukkan santan pekat apabila daging sudah lembut/empuk.Kacau sentiasa selepas masuk santan sehingga mendidih.Asam keping jangan lupa masuk!