Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Resepi Tteokbukki ( Makanan Jalanan Korea Selatan)

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Sudah lama  saya mencari resepi juga cara membuat Tteokbukki. Banyak resepi yang dikongsi di alam maya terutama di kalangan orang Korea Selatan itu sendiri, tetapi rasanya kurang menepati citarasa yang saya cari. 
Saya pernah makan Tteokbukki di Seoul, Korea Selatan.  Saya juga pernah makan Tteokbukki di kedai makanan Korea, Malaysia. 
Dan saya pernah mencuba membuatnya dengan merujuk kepada resepi yang dikongsi oleh orang Korea Selatan. 
Tapi, setiapnya tidak mempunyai rasa yang sama. Yalah kan, setiap orang mempunyai resepi tersendiri. Malah ada yang menggunakan bahan rahsia masing masing. 
Apapun, terima kasih kepada tvN yang menyiarkan rancangan Home Food Rescue yang diketuai oleh Chef Baek. Pandai sungguh dia mengajar dan senang sekali mengikutinya. Tak lokek ilmu chef ini...semoga diberikan hidayah dan dirahmati Allah SWT.
Justeru, saya kongsikan resepi Tteokbukki yang telah saya buat hasil mengikuti tunjuk ajar Chef Baek. Ya! Menepati citar…