Skip to main content

Resepi Tteokbukki ( Makanan Jalanan Korea Selatan)

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Sudah lama  saya mencari resepi juga cara membuat Tteokbukki. Banyak resepi yang dikongsi di alam maya terutama di kalangan orang Korea Selatan itu sendiri, tetapi rasanya kurang menepati citarasa yang saya cari. 

Saya pernah makan Tteokbukki di Seoul, Korea Selatan. 
Saya juga pernah makan Tteokbukki di kedai makanan Korea, Malaysia. 

Dan saya pernah mencuba membuatnya dengan merujuk kepada resepi yang dikongsi oleh orang Korea Selatan. 

Tapi, setiapnya tidak mempunyai rasa yang sama. Yalah kan, setiap orang mempunyai resepi tersendiri. Malah ada yang menggunakan bahan rahsia masing masing. 

Apapun, terima kasih kepada tvN yang menyiarkan rancangan Home Food Rescue yang diketuai oleh Chef Baek. Pandai sungguh dia mengajar dan senang sekali mengikutinya. Tak lokek ilmu chef ini...semoga diberikan hidayah dan dirahmati Allah SWT.

Justeru, saya kongsikan resepi Tteokbukki yang telah saya buat hasil mengikuti tunjuk ajar Chef Baek. Ya! Menepati citarasa yang dicari-cari dan mengimbau kenangan sewaktu ke Seoul dulu. 



       Hasil  Tteokbukki oleh saya! 


Resepi Tteokbukki: 

1 paket kek beras 
3 ke 5 sudu besar serbuk Cili
1 sudu besar Gochujang (jika ada)
Air
1/2 sudu besar Kicap masin
1 sudu besar Sos tiram (saya tambah) 
Gula 
Garam 
3 keping Fish cake/ kek ikan 
Bijan (disangai) 


Ini adalah bahan yang asas. Boleh diubah mengikut citarasa. Ada yang menggunakan stok dan menambah bawang putih. 

Terdapat dua cara yang boleh dibuat...

1. Air diganti dengan stok ( stok ayam/daging untuk rasa yang kuat dan pekat. Atau stok yang dibuat dari rebusan ikan bilis dan seaweed) . stok = air rebusan 

2. Tiada stok digunakan seperti bahan di atas. Hanya menggunakan air sahaja. 

Cara - cara : 

1. Mula mula, rendam kek beras di dalam air mendidih selama 10 minit. Kemudian bilas. Letak tepi. 

2.  Campurkan semua bahan selain kek beras dan Fish cake di dalam Non Stick Pan. Kacau rata sebelum hidupkan api. 

3.  Hidupkan api, dan kacau rata sekali sekala sehingga mendidih. Rasa dahulu sebelum menambah gula dan garam. 

4. Apabila sudah didih, masukkan Fish cake yang telah dipotong dan kek beras yang telah dibilas tadi. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat , kek beras menjadi kembang dan Fish cake masak. Kacau sekali sekala agar tidak hangit. 

5. Setelah dirasakan kek beras itu masak dan cukup rasa, tutup api. Hidangkan di dalam bekas dan taburkan Bijan yang telah disangai di atasnya. 

*Gochujang tak ada tak mengapa. Bahan ini menghasilkan rasa sedikit masam kerana dia adalah cili yang diperam/jeruk dengan pes kacang soya. 

*Untuk menghasilkan warna lebih merah, bermain dengan jumlah serbuk Cili. Kerana itu, saya cadangkan 3 ke 5 sudu besar Serbuk Cili, boleh ubah ikut selera. 

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …