Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Resepi : Sambal Kerang Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pulang ke Sg Besar baru baru ini membuatkan saya rasa gembira. Selain melawat atuk yang sudah lama tak berjumpa, misi mendapatkan kerang adalah yang membuatkan hati rasa teruja. 
Kami ke Pasar Sg Besar petang itu. Dalam hati, risau pula jika kerang tiada. Tetapi melihat mak sangat bersahaja , ada lah kot kerangnya. Sampai di Pasar, memang ada. senyum sampai ke telinga. Tapinya, kami bukanlah nak cari kerang dalam cengkerang. Hahaha. Kami mencari isi kerang! dan isi kerang itu ada. 
Membeli isi kerang di Sungai Besar atau Kuala Selangor atau sekitarnya, kerangnya masih berasa segar dan baru berbanding memeli isi kerang di Pasar Borong. Masih berasa manis kerang malah bau laut itu masih ada. Satu kepuasan buat saya dan mak. Apa lagi, berderet menu kami senaraikan untuk memanfaatkan isi kerang yang telah dibeli. 
Pada awalnya , saya ingin membuat Rendang Kerang. Apabila pulang ke rumah, setelah melihat bahan - bahan yang ada, tak cukup pula. Tak apa l…

Resepi : LAKSAM yang lembut dan cair dalam mulut

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Saya mohon maaf. Entri kali ini tiada gambar. Terlupa ambil gambar pun ya. Tapi saya lebih mahu kongsikan resepi Laksam yang lembut dan cair di dalam mulut. 
Pada awalnya, saya membuat laksam mengikut resepi yang dikongsikan oleh rakan blogger yang lain. Tetapi seperti ada sesuatu yang kurang. Rasanya sedikit keras dan agak tebal. Kami membayangkan laksam yang dimakan itu lembut, menyerap kuah lemak ikan juga cair di dalam mulut. Oh! boleh anda rasai apa yang dibayangkan ini? sedap kan. 
Justeru, setelah diubahsuai dan mengambil kira hasil tepung, kami berjaya membuatnya. Kata suami saya, inilah Laksam yang dia inginkan. Rasanya dinanti - nanti membuat kita sentiasa nak menambah. =D
Apa pun, terima kasih kepada rakan blogger atas perkongsian resepi Laksam. Tanpa perkongsian dari kalian, tak dapatlah kami hasilkan yang ini. 
Nota : saya kongsikan bahan - bahannya sahaja. Cara membuatnya boleh rujuk kepada rakan blogger yang lain. 
Resepi Laksam 
B…