Skip to main content

Resepi : Sambal Kerang Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pulang ke Sg Besar baru baru ini membuatkan saya rasa gembira. Selain melawat atuk yang sudah lama tak berjumpa, misi mendapatkan kerang adalah yang membuatkan hati rasa teruja. 

Kami ke Pasar Sg Besar petang itu. Dalam hati, risau pula jika kerang tiada. Tetapi melihat mak sangat bersahaja , ada lah kot kerangnya. Sampai di Pasar, memang ada. senyum sampai ke telinga. Tapinya, kami bukanlah nak cari kerang dalam cengkerang. Hahaha. Kami mencari isi kerang! dan isi kerang itu ada. 

Membeli isi kerang di Sungai Besar atau Kuala Selangor atau sekitarnya, kerangnya masih berasa segar dan baru berbanding memeli isi kerang di Pasar Borong. Masih berasa manis kerang malah bau laut itu masih ada. Satu kepuasan buat saya dan mak. Apa lagi, berderet menu kami senaraikan untuk memanfaatkan isi kerang yang telah dibeli. 

Pada awalnya , saya ingin membuat Rendang Kerang. Apabila pulang ke rumah, setelah melihat bahan - bahan yang ada, tak cukup pula. Tak apa lah. Kita tukar buat Sambal Kerang Hijau. Rasanya pun sedap.

Sambal Kerang Hijau. Sedap dinikmati bersama nasi lemak dan roti. 


Jom kita tengok resepinya . 

Resepi Sambal Kerang Hijau

500 g Isi Kerang
2 biji bawang Besar * kisar
4 tangkai Cili Hijau * kisar
15 tangkai Cili Api * kisar
1 keping  saiz kecil Gula Melaka
Air Asam Jawa
Garam 

Cara - caranya : 

Tumiskan bahan - bahan yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak . Kemudian, masukkan gula melaka sekeping kecil. Kacau sentiasa untuk mengelakkan hangit dan sambal sebati dengan gula. 

Apabila gula telah cair sepenuhnya ( tiada lagi ketulan gula melaka) , masukkan air asam jawa mengikut kepekatan masam yang diminati. Biarkan didih sehinga pekat, kacau sekali sekala.

Setelah pekat, barulah masukkan isi kerang yang telah dinyahbeku ( sekiranya beku) . Kacau rata, perlahankan api dan biarkan sambal kerang sedikit kering. Kacau selalu. Setelah mencapai kepekatan dan kekeringan sambal yang diminati, masukkan garam secukupnya. Gaul sebati. tutp api. Siap untuk dihidang. Selamat menjamu selera!

Comments

nur sabrina said…
sambal kerang hijau.. menu susah nak jumpa ni

Popular posts from this blog

Rendang Ayam Terengganu

Assalamualaikum & salam sejahtera, 
Lagi dua minggu nak ke penghujung Ramadhan...perasaan rindu pada Ramadhan yang belum pergi ni sudah mula membuak buak. Wajib manfaatkan Ramadhan sepenuhnya agar rindu itu tidak sia sia. 
En suami telefon ayah mertua, memaklumkan rancangan raya kami tahun ni. "kami malam raya di rumah ayah. Ayam nanti saya bawak balik. Rendang biar Sarah yang masak. " .... Balas ayah, "Ayah nak makan rendang mak. Rempah semua cukup." 
Sayu rasa hati. Tahun ini tahun pertama  beraya tanpa ibu mertua. Al Fatihah buat mak. Bila en Suami memaklumkan tentang rendang itu, saya terus mencari resepi rendang terengganu. Mesti usahakan rendang terengganu. Tahun lepas, sewaktu raya haji,saya masak cara saya. Rendang Minang. Komen ayah, dah lama ayah tak makan rendang minang. Ayah orang Melaka. Masakannya pun ala minang. Apabila ayah menyatakan hasratnya mahu makan rendang mak, fahamlah saya...ayah rindukan mak. 
Setelah mencari cari resepi, akhirnya saya ber…

Resepi pantang @ pantang ada resepi! : Spaghetti lada hitam bersamakiub ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...dah hampir ke penghujung waktu berpantang. Tapi takda lah pula rasa kebebasan menelan/ makan apa saja bila tamat berpantang memikirkan Insyirah ( baby comel) kembung bila aku "silap" makan. 
Sepanjang berpantang, sudah dikenal pasti bahan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan Insyirah kembung lepas menyusu. Lain orang lain badannya, tak semua kita sama. Yang ketara angin macam pulut tu memang aku tak makanlah. Terseksa wooo anak kembung ... Dia tentu lah tapi aku tak cukup tidur jadinya..dan tak boleh buat kerja. 
Antara yang telah dikenal pasti oleh aku sebagai bahan yang perlu berjaga jaga ialah Bawang Besar,  Lada/Cili dan Santan. Tiga ni pula fevret aku ..aduhai. Tapi bila dah habis berpantang nanti, sikit sikit aku makan, latih perut anak aku untuk terima tiga fevret aku ni. Mak aku ajar makan sikit sikit. 


Masa berpantang, pening gak kepala ...asyik makan nasi je. Nak juga makan spaghetti ke macaroni ke ...a…

Bebola daging masak sos hitam. Yummy!

Hobi terbaru saya sekarang ialah menggunting resepi dari majalah. Hahahaha. Hobi tambahan. Oh ye, mug saya dari Vietnam yang ori punya sudah sampai...mug vietnam yang hari tu,kata pakcik saya bukan ori...diimport dari negara lain dan dijual di Vietnam. Senyum lebar saya macam ni (^______________^ )bila dapat mug. Hahaha...terima kasih..terima kasih buat yang sudi menghadiahkan kepada saya. Nak makan apa? cakap je..nanti saya masakkan. hehehe.


Bebola daging sos hitam

Berbalik kepada hobi terbaru saya, sebelum resepi-resepi tu digunting, saya belek dulu dan kaji bahan-bahannya..boleh agak kesedapan dan keharumannya berdasarkan bahan yang digunakan. mmmm, aromanya...harum! Jadi, resepi yang digunting hanya resepi tertentu yang saya jumpa dari majalah-majalah yang kami beli. Tak banyak sangat pun majalah yang saya beli...sekarang baru mula koleksi mengumpul resepi dari majalah ni.

Hari ini, Isnin, 4 Julai...2011, saya masak bebola daging masak sos hitam. Rujukan utama saya berdasarkan salah …